|
"Mahukah RM70
Terus Dibayar Ke Akaun Bank Anda Tanpa Had?"
Sertai Program Affiliate
Terhangat!
Sila baca dan fahamkan syarat dan
terma yang dinyatakan di bawah.
A- Apa itu program affiliate
BengkelWebsite.com?
Program affiliate
BengkelWebsite.com adalah 100% sah di sisi undang-undang. Ia
bukan skim cepat kaya, MLM, autodownline atau skim pelaburan
Internet. Jika anda baru pertama kali mendengar tentang program
affiliate anda perlu membaca seterusnya penerangan ini.
Program
affiliate BengkelWebsite.com ialah satu program dimana anda akan
diberi
sejumlah komisen apabila ada seseorang membayar untuk menyertai
bengkel website hasil daripada
promosi yang anda lakukan melalui link affiliate anda.
Anda dikehendaki mendaftar sebagai
affiliate terlebih dahulu untuk menerima link affiliate anda.
Anda boleh mendaftar seberapa banyak link affiliate di sini.
Dengan mendaftar affiliate dan menerima link affiliate anda,
maka anda akan dikenali sebagai agen affiliate.
Link affiliate yang anda akan
terima adalah unik. Anda boleh mempromosikan link affiliate anda
samada menggunakan e-mel (tetapi jangan menghantar SPAM) atau
banner yang disediakan melalui kod yang akan diberikan dan
diletakkan di dalam laman web atau blog anda.
B- Bagaimana sistem
affiliate ini berfungsi?
Apabila anda membuat promosi
melalui link affiliate anda, samada melalui e-mel atau banner
maka pengunjung yang berminat akan klik pada link affiliate atau
banner anda tersebut.
Apabila pengunjung klik pada link
affiliate anda atau banner tersebut, maka pengunjung akan dibawa
terus ke laman web BengkelWebsite.com.
Sebenarnya, sebaik sahaja
pengunjung klik pada link affiliate anda atau banner tersebut,
nombor id affiliate anda telah direkodkan di dalam sistem
komputer pengunjung tetapi pengunjung tidak sedar perkara ini
berlaku.
Pengunjung mungkin tidak akan
terus membayar apabila pertama kali melawat laman web
BengkelWebsite.com. Sebaliknya mereka akan terus mengunjungi
laman web BengkelWebsite.com untuk beberapa kali. Namun demikian
id anda masih tersimpan di dalam komputer pengunjung dan tatkala
mereka membuat bayaran dengan mengisikan borang pengesahan
bayaran, maka sistem akan merekod penjualan daripada link
promosi anda (merujuk kepada id yang tersimpan di dalam sistem
komputer pengunjung).
Apabila
pembelian berlaku,
maka sistem affiliate akan memberikan maklumat tersebut dan kami akan memaklumkan
tentang pembelian tersebut kepada anda.
Anda akan dimaklumkan tentang komisen tersebut menerusi e-mel
bagi setiap jualan yang berlaku.
Operasi affiliate ini diuruskan
oleh sistem. Jadi ia telus dan
merekodkan setiap penjualan yang berlaku. Walaubagaimanapun kami
tidak akan membayar komisen terhadap affiliate palsu.
C- Berapa yuran yang
dikenakan untuk daftar dan berapa komisen yang anda dapat?
Pendaftaran agen affiliate adalah
PERCUMA.
Setiap jualan yang
terhasil daripada usaha promosi anda, komisyen sebanyak
RM70 akan diberikan kepada anda.
Ini adalah komisen tertinggi program affiliate untuk
kursus di Malaysia.
Komisyen yang
terkumpul akan dibayar terus ke akaun bank anda tanpa menunggu
hujung bulan seperti kebanyakan affiliate yang lain. Berikan
kami 1-2 hari untuk mengkreditkan terus bayaran komisen ke dalam
akaun bank anda.
Maklumat lengkap
mesti diberi semasa pendaftaran affiliate untuk mengelakkan kesulitan ketika
pembayaran komisyen.
Komisyen
yang gagal diberikan kepada anda disebabkan butiran peribadi anda tidak lengkap atau palsu
akan terus dibatalkan.
Komisyen akan diberikan dalam bentuk Online Banking Transfer
terus ke akaun bank-bank tempatan anda.
Komisen affiliate
untuk pembelian diri sendiri atau rakan tidak diambil kira.
Komisen seperti ini dikira sebagai affiliate palsu.
Komisen affiliate tidak akan
diberi jika berlaku pembelian secara offline.
Contohnya jika pelanggan terus membayar di pejabat
BengkelWebsite.com. Ini kerana belum ada mana-mana sistem
affiliate di dunia yang boleh memantau mekanisma pembelian
secara offline seperti ini. Walaubagaimanapun,
peratus pembelian secara offline adalah kecil berbanding
pembayaran secara online.
Komisen boleh juga dibayar secara
tunai dengan datang sendiri ke pejabat urusan untuk
membuat tuntutan pada setiap 1 haribulan.
D- Kelebihan menjadi agen
affiliate.
Anda
tak memerlukan sebarang modal. Anda tak perlu menghadiri
bengkel website atau membeli apa-apa produk dari bengkel website
pun! Tetapi anda masih berpeluang menjana
pendapatan melalui komisen affiliate bagi setiap bayaran peserta.
Anda
tak perlu memiliki laman web kerana konsep sistem
affiliate akan memaparkan laman web BengkelWebsite.com secara
automatik apabila pengunjung
klik pada link affiliate anda.
Anda
juga tak perlu melayan pertanyaan pelanggan atau
berurusan dengan pelanggan. Sebaliknya kami yang akan
menguruskan semuanya. Tugas anda hanya mempromosikan link
affiliate anda sahaja.
Jumlah
pendapatan anda tiada had. Selagi anda membuat promosi selagi
itulah peluang anda menjana pendapatan. Tiada
tamat tempoh. Layak sampai bila-bila masa.
Sesiapa pun boleh sertai
program affiliate. Tiada
had umur, tak kira warganegara apa, bangsa apa, semuanya boleh.
Komisen yang anda terima adalah
100% milik anda. Kami tidak akan meminta dipulangkan semula
komisen walaupun jika ada pelanggan yang membuat untutan refund terhadap
produk yang telah dibayar.
E- Cara Membuat Promosi.
Anda
akan diberikan link affiliate selepas anda mendaftar sebagai
agen affiliate. Copy dan pastekan link affiliate tersebut
ke dalam e-mel anda dan sebarkan untuk membuat promosi. Tetapi
jangan melakukan SPAM (Maklumat tentang SPAM boleh dirujuk di
bawah).
Anda
juga akan disediakan beberapa banner BengkelWebsite. Anda boleh
menggunakan banner-banner tersebut untuk membuat iklan-iklan
online seperti di akhbar online Berita Harian Online, Utusan
Malaysia Online, Harakah Daily Online, Malaysia Kini Online dan
lain-lain. Berikan banner tersebut kepada pengiklan dan berikan
URL anda iaitu link affiliate anda sebagai URLnya. Banner
seperti di bawah.
Banner
yang telah disediakan. Banner ini juga ada di dalam ruangan ahli
affiliate selepas anda mendaftar nanti.
Anda juga
boleh meletakkan banner-banner tersebut di dalam laman web atau blog
anda sendiri.
Sebenarnya
apa jua kreativiti anda untuk mempromosi adalah bebas. Kami sama
sekali tidak menghalang anda untuk mempromosikan id affiliate/banner
anda. Asalkan anda tidak melakukan kesalahan mempromosi
seperti SPAM.
AMARAN!
Anda sebagai agen Affiliate DILARANG sama
sekali melakukan SPAM. Jika didapati mana - mana ahli yang
melakukan SPAM, maka keahlian akan ditamatkan serta -
merta. Komisyen yang terkumpul tidak akan dibayar kepada ahli yang
melakukan SPAM. SPAM adalah jenayah besar di alam
Cyber/Internet.
Apa itu SPAM?
Sekiranya anda
menghantar e-mel promosi link affiliate anda kepada sejumlah besar
alamat e-mel atau sekumpulan (group) dimana mereka (penerima emel) tidak mengenali anda, bermakna anda telah
menyebarkan SPAM. Ini melanggar etika promosi yang dibenarkan. Oleh itu,
anda telah melakukan kesalahan jika berbuat demikian.
Tips: Lakukanlah promosi kepada rakan-rakan
kenalan anda sahaja untuk mengelakkan SPAM.
Silalah mengamalkan teknik
promosi yang baik dan beretika. Selamat menjana
pendapatan dari Internet melalui program affiliate BengkelWebsite.com
TANPA HAD!
Terima kasih kerana
menjadi Agen Affiliate BengkelWebsite.com
Inilah peluang RM70
terus
dibayar ke akaun anda sekarang!
Sekiranya anda
telah menjadi agen affiliate...
Login Affiliate |
Lupa Password Affiliate
Ikhlas dari,


Pengasas BengkelWebsite.com
|