-
Penyertaan Bengkel hanya
akan diterima setelah anda
membuat bayaran penuh. Ini bermakna
anda akan dimasukkan sebagai peserta hanya
apabila bayaran penuh telah dilakukan.
-
Tiada
bayaran semasa pendaftaran bagi
mengelakkan pembaziran pada saat akhir disebabkan
mungkin ada peserta yang tidak hadir.
-
Penyertaan yang telah diterima tidak boleh
dibatalkan. Namun jika terdapat masalah untuk
menghadirkan diri, anda boleh menunda
ke tarikh yang lain.
-
Anda juga boleh menggantikan dengan
orang lain sekiranya anda tidak dapat hadir
pada tarikh tersebut. Dan yuran anda akan digunakan
untuk penggantiannya tersebut.
-
Permohonan untuk menunda ke tarikh lain hendaklah dimaklumkan
kepada Urusetia hanya melalui telefon (h/p:
016-2636 101)
selewat-lewatnya 7 hari sebelum tarikh
bengkel yang akan anda sertai. Maaf.. permohonan secara SMS
dan e-mel tidak dapat dilayan kerana kami menerima
emel dan SMS yang banyak setiap hari dari perniagaan
Internet yang lain.
-
Kegagalan anda memaklumkannya dalam tempoh 7 hari
sebelum tarikh bengkel akan menyebabkan yuran
penyertaan anda lupus sebanyak 50% dan anda
perlu menambah semula baki yuran jika anda ingin
menghadirkan diri pada tarikh yang lain. Ini kerana
urusetia terpaksa mencari pengganti anda dalam masa
yang terlalu singkat.
-
Kegagalan anda memaklumkan dalam tempoh 3 hari
sebelum tarikh bengkel akan menyebabkan yuran
penyertaan anda lupus sepenuhnya dan
anda perlu membayar semula yuran penuh jika anda
ingin menghadirkan diri pada tarikh yang lain. Ini
kerana persediaan sepenuhnya telah dilakukan dan
kegagalan anda hadir pada saat-saat akhir adalah
satu pembaziran.
-
Menjadi tugas anda untuk membuat semakan
tarikh Bengkel yang terbaru (jika anda gagal hadir
ke bengkel sebelumnya) seperti yang terdapat di
laman web BengkelWebsite.com walaupun kami juga akan
memaklumkan kepada anda sebarang perkembangan
terkini samada melalui e-mel atau telefon.
-
Pastikan anda
memberikan nombor telefon atau
alamat emel yang sah selepas membuat
bayaran untuk memudahkan komunikasi. Kami tidak akan
menjamin jika anda gagal dihubungi kerana maklumat
hubungan anda tidak lengkap/sah.
-
Sebarang keputusan untuk
mengembalikan semula bayaran
penyertaan atas sebab-sebab yang tertentu adalah
atas budi bicara sepenuhnya BengkelWebsite.com
sahaja.